Thursday, March 21, 2013

Keputusan SPM 2012 :)



 Assalamualaikum. 

Hai semmmuaaa ! :) Amacam hari ni sehat ka? Harap-harap semua baik-baik saja lah kan. Nampak tak gambar kat atas tu? Amalkanlah sebut tu hari-hari ya. Note to myself jgk ;)

Tak melencong sangat hari ni. Gambar kat atas tu sesuai untuk kisah entry wawa hari ini . 

Haaa hari ni macam semua orang tahu keputusan SPM 2012 dah pun keluar. So bagi ex-candidate SPM, how's your result? Bereh semuanya? hehe semoga semua memperoleh keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ! yeah semangat aku lebih plk terlebih ! Hm sory ihuks (: Bagi yang berjaya, congrates wawa ucapkan dan bagi yang kurang berjaya, takpe jangan bersedih hati ya adik-adik. SPM bukan ukuran kita untuk teruskan hidup. Memanglah kalau nak melangkah ke alam universiti kita perlukan result SPM tu tapi tak semua yang dapat straight A atau straight A+ dapat pergi ke tempat belajar yang high class. Even dapat result perghh top kellaz pon belum tentu akan datang dia berjaya di universiti. Ada jek yang dapat result low masa SPM tapi bila masuk universiti result dia mak aihh tak sempat den nak kejar. Itu lah yang dikatakan rezeki. Semua orang ada rezeki masing-masing tak perlulah nak banding-membanding kejayaan kita dengan orang lain. Apa yang penting? Usaha !  bukan kerjasama okay. Kerjasama tu wonderpet je hehe :b

I got the news of my junior's result. SESMA tetap unggul tahun ni dengan kekalkan keunggulan tempat pertama ranking Terengganu. Alhamdulillah :) Dengar kata SESMA berada di-ranking 10 dalam SBP. Okay lah tu . Seramai 31 orang yang telah mendapat straight A dan 2 orang mendapat straight A+ dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya . Berkat usaha korang semua, SESMA masih tetap berada di atas. Ada yang kata kami berbangga-bangga dengan keputusan SPM sekolah kami. Bukan itu maksudnya walaupun kami menghebah-hebahkan berita gembira ini. Ranking bukan untuk dibangga-banggakan tapi sebagai pembakar semangat buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar tu plk tahun ini. 


Tarikh Keputusan SPM 2012


Alhamdulillah sekali lagi dan berharap tahun depan lebih baik daripada sebelumnya. Berusaha untuk memperbaiki bukan untuk menyaingi.
 
Ya Allah , ampunilah dosa-dosa kami seandainya ada riak di hati kami. Sesungguhnya tiada niat kami ntuk berbangga dan jika ada sekelumit perasaan itu di antara kami maka tunjukkanlah kami jalan yang di-redhaiMu Ya Allah. Sedarkanlah kami andai kami lalai dengan sifat syaitan ini..

Sampai disini saja untuk kali ini. Kbaii ! 
Assalamualaikum. Lots of love.
xoxo♥



NOTA KECIL  : Gambar keputusan tu diciplak dari blog INI
Share:

1 comment: