Sunday, January 06, 2013

Drama Setia Hujung Nyawa..melepas :[


Assalamualaikum hai ! :)

 Alhamdulillah selamat pun sampai kat UPSI nih . Sampai je pagi tadi dalam kul 6 gitu ... cepat-cepat naik bilik.. terus je kemas-kemas katil daaan lending ! Yoow suke err buleh tido :D Bas semalam macam hape ..sakit badan tu tak terasa sangat tapi mengantuk tu memang terasa gila . Dah la tayar bas tu macam nak tercabut jea .. hihiks takot jgk tapi alhamdulillah nasib baik sampai dengan selamatnya kat sini . weee :) ahhh sukanya bila dah selamat sampai dan of koss sebab boleh tido lena . 

Taaapiiii ... sedih sebab tak boleh nak setia ngan Drama Setia Hujung Nyawa slot Akasia TV 3 uhh . *cis bukan nak sedih sebab tinggal keluarga ke hapo ..tapi sedih sebab cter? puii* Haha tinggal keluarga tuu of koss laa sedih . Yang tu meme tak boleh nak dinafikan leww . Yang tinggal cter ni sedih gk kot sebab kat sini wifi bukan boleh tentu sangat emosinya . Kadang-kadang okei kadangnya sik okei  ..pheew T.T

Back to the main point . Drama Setia Hujung Nyawa slot Akasia TV3 yang bersiaran setiap hari Isnin-Selasa yang menggantikan Drama Cinta Itu Milikku . Teraju utama drama ini ialah si kacak Amar Asyraf dan si cantik Nellydia Senrose . Tak ketinggalan barisan pelakon yang turut menjayakan drama ini termasuklah Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini diadaptasi daripada Novel Setia Hujung Nyawa dicoret oleh Fatin Nabila.















Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa

Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.

Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.


Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
 

Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina. 

Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah kepada orang baru iaitu Eriza ? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?




Share:

0 Kata-kata manis:

Post a Comment