Friday, March 29, 2013

Tutorial Letak Lagu Youtube Tanpa Video


Assalamualaikum !

Salam Jumaat buat semua kaum Adam & Hawa yang beragama Islam :) 

Semoga kita semua mendapat barakah di hari yang mulia ini ya.. Insaf-insaflah diri dan semoga diri kita bermotivasi selalu untuk menjadi ke arah yang lebih baik . Cewahh macam ustazah dohh haha ! 

Okay okay cukuplah muqaddimah yang tak seberapa tu ekk. Petang ni waa just nak share satu tutorial buat bloggers, newbies2 yang sebaya denganku dan  seangkatan dengannya . 

Tutor ni untuk blogskin sebab waa pakai blogskin. Tapi tak sure lah . Pengguna simple template pon boleh je try tutor ni. Okay dah  ready semua? Jom kita mulakan !

1. Cari lagu yang korang suka kat Youtube tu.

2. Lepastu, korang scroll kat bawah video tu mesti korang jumpa share macam kat bawah ni .


Klik gambar ntuk tumbesaran :)

3. Then, lepas korang dah tekan share tu korang click plk embed tu ehh .



4. Tick kat kotak yang tulis 'use old embed code' macam kat dalam gambar tu. 

5. Haa korang nampak kan code yang di-highlight tu? Copy code tersebut.

Dah settle step untuk copy video . sekarang step nak masukkan code tersebut dalam blog .

1. Dashboard > Template > Edit template

2. Search code sidebar korang then paste code tadi tu dekat situ . Contoh code akan jadi macam ni :

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ZaVUrbt8sNs?hl=en_US&amp;version=3&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/ZaVUrbt8sNs?hl=en_US&amp;version=3&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>
3. Kalau taknak nampak video kat blog korang , just tukarkan yang di-highlight tu jadi macam ni : 

<object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/ZaVUrbt8sNs?hl=en_US&amp;fs=1&autoplay=1&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/ZaVUrbt8sNs?hl=en_US&amp;fs=1&autoplay=1&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="false"></embed></object>
4. Ok dahh siap lah . Preview & Save ! 

Goodluck semuaa ! Moga menjadi . Kalau tak jadi tak dapat eden nak nolongnya yop . hee ;)

Kbai. Assalamualaikum. Lots of love.

xoxo




Thursday, March 21, 2013

Keputusan SPM 2012 :)



 Assalamualaikum. 

Hai semmmuaaa ! :) Amacam hari ni sehat ka? Harap-harap semua baik-baik saja lah kan. Nampak tak gambar kat atas tu? Amalkanlah sebut tu hari-hari ya. Note to myself jgk ;)

Tak melencong sangat hari ni. Gambar kat atas tu sesuai untuk kisah entry wawa hari ini . 

Haaa hari ni macam semua orang tahu keputusan SPM 2012 dah pun keluar. So bagi ex-candidate SPM, how's your result? Bereh semuanya? hehe semoga semua memperoleh keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ! yeah semangat aku lebih plk terlebih ! Hm sory ihuks (: Bagi yang berjaya, congrates wawa ucapkan dan bagi yang kurang berjaya, takpe jangan bersedih hati ya adik-adik. SPM bukan ukuran kita untuk teruskan hidup. Memanglah kalau nak melangkah ke alam universiti kita perlukan result SPM tu tapi tak semua yang dapat straight A atau straight A+ dapat pergi ke tempat belajar yang high class. Even dapat result perghh top kellaz pon belum tentu akan datang dia berjaya di universiti. Ada jek yang dapat result low masa SPM tapi bila masuk universiti result dia mak aihh tak sempat den nak kejar. Itu lah yang dikatakan rezeki. Semua orang ada rezeki masing-masing tak perlulah nak banding-membanding kejayaan kita dengan orang lain. Apa yang penting? Usaha !  bukan kerjasama okay. Kerjasama tu wonderpet je hehe :b

I got the news of my junior's result. SESMA tetap unggul tahun ni dengan kekalkan keunggulan tempat pertama ranking Terengganu. Alhamdulillah :) Dengar kata SESMA berada di-ranking 10 dalam SBP. Okay lah tu . Seramai 31 orang yang telah mendapat straight A dan 2 orang mendapat straight A+ dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya . Berkat usaha korang semua, SESMA masih tetap berada di atas. Ada yang kata kami berbangga-bangga dengan keputusan SPM sekolah kami. Bukan itu maksudnya walaupun kami menghebah-hebahkan berita gembira ini. Ranking bukan untuk dibangga-banggakan tapi sebagai pembakar semangat buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan besar tu plk tahun ini. 


Tarikh Keputusan SPM 2012


Alhamdulillah sekali lagi dan berharap tahun depan lebih baik daripada sebelumnya. Berusaha untuk memperbaiki bukan untuk menyaingi.
 
Ya Allah , ampunilah dosa-dosa kami seandainya ada riak di hati kami. Sesungguhnya tiada niat kami ntuk berbangga dan jika ada sekelumit perasaan itu di antara kami maka tunjukkanlah kami jalan yang di-redhaiMu Ya Allah. Sedarkanlah kami andai kami lalai dengan sifat syaitan ini..

Sampai disini saja untuk kali ini. Kbaii ! 
Assalamualaikum. Lots of love.
xoxo♥



NOTA KECIL  : Gambar keputusan tu diciplak dari blog INI

Jalan-jalan cuci mata :)


Assalamualaikum.

Nampak tak kegembiraan monyet tu. Hish dah malam-malam pon masih segar lagi mata dia uhh ! 

Hmm tuan punya jemari ni pon menaip sambil tutup mata. *kelass nokk* Hehe mengantuk punya pasal ^^ Entry ni dah lambat di-publish ekceli. Haritu sebelum balek cuti waa and friends *macam barniey & friends la plk hihi* turun KL cuci mata ++ relax minda yang baru lepas habis exam ni kennn. hoho first time kot gi KL.  macam jakun sangat jek bunyinye ye? Eh bukanlah first time p kl tapi first time p kl sendiri-sendiri lah, hehe tak habis cakap sket je lain terus bunyinye erk :b 

Sebelum-sebelum ni nak dikatakan selalu tak jgk gi kl uh. Ada la gi sana sekali dua kali tiga kali tapi bukan sendiri. Tu pon ngan kawan yang dah biasa main ngan LRT/monorel bagai uhh. Ingat senang ke nak main ngan benda alah tu? Susah gak baq hangg bagi si jakun ni. Benda tu bukan boleh main senang-senang jek naik turun macam tambang teksi. Benda tu nak kena tahu station mana-mana kita kena turun. Gayanya ada  macam bas lah plk kan ada station-station tu tapi kalau bas mudah sebab dah biasa and boleh berdikari kalau main dengan bas ni. Kalau dengan benda tu nak berdikari? Hm boleh sangat tapi kena 10 kali turun kl dulu lah kenn baru terbiasa hehe. 

Btw haritu kitorang gi sana dalam 6 orang dan alhamdulillah we'olls selamat pergi dan balik even dua orang je yang boleh tahan 'pandai' jgk la dengan tempat tu. Yang lain semuanya bergatung pada nasib je. Kalau sampai sana selamat, selamatlah kalau tak, wallahualam. -.- Yang pandai tu pon bukan pandai angat tapi bolehla kalau setakat nak gi Timesquare tu jea kan. *tempat tu je yang tahu jalan nak pegi* Sampai sana memang tak pi mana ah . Duk ronda-ronda dalam tu jea. Tu pon tak habis pusing dalam mall tu. Gila mak aih kalau pusing habis alamaknya balik malam tu confirm tido tak ingat dunia ! Entah-entah bom meletup pon tak sedar haha. Yelah kan, letih punya hal.

Tak ketinggalan jgk dengan wayang kat sana. Tengok-tengok dan cari movies mana yang best tapi macam satu pon tak syiokk. Nak taknak pilih ah gk satu movie sebabnya bosan kot kalau nak pusing-pusing je kat dalam tu *nak g kat tempat lain tak reti..haha* We'olls decide nak tengok cerita Warm Bodies. Nampak tajuk macam best dan scary sebab cerita tu pasal zombi. Kitorang bajet cerita tu agak menakotkan tapi lain plk jadinya bila dah masuk panggung. Semua orang gelak. Tapi tade ah gelak macam tengok Lawak ke der lah kan. Boleh tahan lawak gk cerita uh. Ayat-ayat dia memang tak boleh blaah.

Nicholas Hoult & Teresa Palmer

Lepas habis tengok cerita kitorang sambung jalan-jalan cuci mata buang duit haha. Kalau cuci mata saja tak jalan. Duit perlu bergerak seiringan :b Biasalah kalau gi situ dah confirm-confirm beli baju sebab baju kat situ murah-murah dan cantik-cantik. Boleh tahan lah daripada Tanjung Malim harganya. Rambang mata dibuatnya. Kalau boleh nak borong semuanya yang berkenan dimata tapi takk boleh tak boleh. Itu semua nafsu hasutan syaitonn ! hehe :D 

Ni jea barang yang di-beli :)

Okay lah story dah habis nak ye. Mata mak dah mengantuk. Jemari runcing pon dah penat lah cuu. 

Night peeps ! Kbai. Lots of love.

xoxo♥





Tuesday, March 19, 2013

Rumah Manis Rumah ♥


Assalamualaikum.

Hello ! 

Ibu-ibu bapak-bapak semua yang ada disanaa , yang tua yang muda jangan goyang ya . haha harap semua sehat-sehat saja :D

Previous entry waaa ada cakap nak balik kampung kenn dan hari ni im home ! yeah , rumah manis rumah . Pelik ? Hm alaa dalam erti kata mudahnya, 'home sweet home' lah :b *bahasa melayu tak faham, kena translate kot bahasa mat salih jgk haih* By the way , lupakan hal tu . 

Perjalanan yang panjang semalam ada cerita yang mencuit hati gk sebenarnya . Setelah 9 jam perjalanan , agak sakit tulang temulangku berada dalam bas Mahligai yang tetap gigih menghantarku ke Terengganu dilewat malam kala orang lain sedang nyenyak tido . Terima kaseh wahai dreba (driver dalam dialek Terengganu) . Jasamu dikenang . 

Hmm tepat jam 4 pagi tadi tapak kaki ni dengan rasminya berpijak di bumi Terengganu setelah beberapa bulan berada jauh disinun . Hanya Allah je yang tahu mengantuknya rasa masa sampai tu . Hhaha bukan happy tapi ngantuk . Tak guna betoi :b Happy ofkoss la terasa tapi almaklumlah pepagi buta masa tu mana tak mengantuknya mata ni kenn? Lepastu , tunggu aboh sampai sat dan balek terus kerumah . 

Muka happy takleh blah ^^


Pagi tadi :) Gambar kaki dah la . Muka baru bangun tido ..maluu :b :b

Okay setakat tu jelah . Lots of love .

xoxo♥



Monday, March 18, 2013

Ohohoo Balek Kampongg ♫

Assalamualaikum.

Hello ! Nampak tak tajuk entry ape ? nampak kan.. Hm kalau tak nampak , waa mintak maaf awal-awal ea.  Nampak gaya macam tak lama dah le tuu . hahha takde lah gurau saja maa ;)

By the way, takde pape pon sebenarnya nak tulis tapi jemari runcing i ni je yang gatal nak tekan keyboard tengah-tengah hari buta ni haih. *runcing lah sangat* hm abaikan. Mungkin jari-jari kaki tangan waa ni lebih bersemangat kot nak balek kampung  . hehe almaklumlah nak cuti lama . *okay takde kaitan pon , haha* 

Kan nak cuti ni, biasanya memang barang-barang semua kena hangkut la buat kluar dari bilik yang didiami selama 6 bulan dah ni and bila perlu dikeluarkan , semua stuffies ni kena laa cari rumah baru nak duduk sementara sem 3 belum bermula . So, biasanya bila habis je exam semua duk sebok-sebok cari tempat nak simpan barang. Ada yang tumpang rumah orang tu la orang ni la and ada jgk yang simpan kat kedai je tapi tak syok sket ah tumpang kat kedai sebabnya kena bayar . hmmm membazir jea kan -.- *asal duit je mengeluh , hee* Kalau sem lepas waa tumpang kat mana-mana je kecuali kedai hihi . Memang rasa macam merempat gk a barang-barang tu. Hm kesian , dianaktirikan sekejap .

Sem ni plk waa bernasib baik sebab ada sedara yang duk umh sewa . Dia degree , tak cuti , and duk umh sewa kat depan kolej waa ni je . So dikesempatan yang begitu cepumas ni waa memang tak lepaskan peluang a mintak tolong nak simpan barang kat situ . hehe . Okay settle masalah simpan barang. 

Tadi gi la simpan barang . Gila mak aihh berat gila beg-beg tu . Nasib baik otot-otot i ni macam mr.muscle . No worried kalau nak hangkut semua barang-barang tu dengan gagahnya . haha perasan tahap dewa kan ! :b Tade maknanya nak angkat sorang-sorang semua barang tu . Kalaulah buat sorang je keje tu tadi alamatnya malam ni dalam bas tido tak bangun-bangun kot . Sakit lutut , urat semua badan . haha :)

Dengan bantuan miera haron , penyelamat dunia , kami hangkut bersama-sama lah tadi . Kesian kat miera . Lepas hangkut yang last tu muka dia pucat . Dia kata nak termuntah sebabnya tak makan tengahari . haha haish mira pon lah , sape suruh tak makan . Lepastu, gi plk angkat brg-brg berat . Hm memang patutlah nak muntah . hihi macam-macamlah semek tuu :) 

omg dah lewat ! gtg ! tak sabar nak naik bas malam ni nak balek . weeeee :D
Terengganuuu wait for me bebeh !

Kbai ! Lots of love.

xoxo♥


Saturday, March 16, 2013

I am Happy , you ?


Assalamualaikumm ! Selamat pagi hai semuaa ! That's my HERO okay jangan kacau ! :)

Random entry kali ni just nak share my happiness ! hehe . Sangat happy hati ni bila dah habis final exam okay :) *orang lain dah habis foundation tak happy mcm aku pon* lolz ada aku kesah ? biarlaa haha :b Bila dah habis jawab laaast payyperr semalam tu bermakna maka tamatlah sesi pengajian waa tuk sem dua ni . yeaaayyy ! cuti dua bulan waowaowao . Masa tu terus terbayang katil kat umah . haha bukan apa bila dah cuti lama cenggituu , cenggituu takda apa nak dibuat maka tidola jawabnya memanjang . Kejenya buat taik mata ! ^^ 

Tapi bila time cuti mesti perasaan teringin nak keje tu ada . Teringin jelah okay , tak pernah jadi pon nak keje betol betol . haha :b Syok tengok kawan kawan keje sebabnyaaa dapat pulangan menarik woooo ! Gi keje biasa biasa je tapi takpe a asalkan ada duit poket . Tak perlu nak mintak ngan umi n aboh kalau nak kluaq hehe .  Kalau duk umah saja saja , yang keluar tu banyak macam air , tapi yang masuk balik . hurmm hampeh >_< Cuti ni tengok a lagu mana boleh ke tak kejenya lolz ;D gtg ! Nak kemas barang nak balik kamponggg yeayy ! 

xoxo ♥


Wednesday, March 06, 2013

Tutorial Highlight Text Bershadow

Hai hai hai ... salam sayang hehe :b Hari ni saja jea nak re-tutor balik tutorial yang waa terjumpa tadi. First, tak boleh nak imagine gak acane then waa try a nak tengok kan. Lepas preview ..aii macam cunn jea nampak hihi . So nak buat lah macam tu . Sape-sape newbies yang ak try boleh laa ek slow slow :) Okayh dah ready ? Lets get start ! 

1. Pergi kat Dashboard > Template
2. Cari code a:link . Tekan f3 kalau nak mudah.
3. Pastu copy code kat bawah ni.

::-moz-selection  {
background:#FFFFFF;
color:#000000;
}
::selection {
text-shadow: 1px 1px 1px #FCD9FF;
color:#FFD9D9;
}
Purple : Ketebalan shadow
Merah : Colour shadow
Hijau : Warna font 

Code warna boleh dapat kat SINI.

4. Paste code yang dah di-copy tadi tu dekat atas code a:link yang korang cari tadi.
5. Preview & save !
Tutorial credit to : Atiqah :)
Mudah jea kann ? Selamat mencuba . Hope this tutor will help you :)
xoxo ♥

Sunday, March 03, 2013

Kakikularigagahberani


Hai hai .. Happy sunday everyone ! Jadikan harini lebih baik daripada semalam :) 

Today's entry is all about yesterday . Semalam waa ada road relay . Program tu macam rentas desa gk la tapi passing baton from one-to-one. Letih gilaaa kot kena pusing kampus baru UPSI . Dah laa kampus tu takde peneduh . Pokok-pokok pun kecik-kecik jea semua . Angin takde la plk sepoi-sepoi kelmarin. So, sangatlaa panas terasa ~

 Kitorang ada 10 orang dalam satu grup. Semua skali ada lebih 30 grup kott tak masuk laki la. Laki 5 orang jea segrup. Sebab pe kami banyak daripada diorang ? alaaa.. biasa a diorang kan gagoh :b kami hanya perempuan yang tak berapa nak gagah so grup kami kena laa lebih dari diorang hehe :) 
Kategori perempuan kena lari 2 kilo lebih setiap orang . Laki taktau a plk . Tak ambik port sangat hehe :D Lepas lari punya lari...keputusannya ? Haaa grup kami tak menang . Ouchh sedeyy ! :( Grup kitorang dapat no 4 jea. Tak dapat hadiah laa .. so sad . *nampak sangat nak menang sebab nak hadiah* Haha agak annoying disitu :b Btw, tak kisah pun tak menang asalkan dapat markah and lulus tuk kursus CSP2071 (olahraga) tuuu. Takmo laa ulang course tu sem depan >__< 


Okay, gtg ! Forum algebra tak siap lagi lahai -,-'

Till here. Lots of love.
xoxo ♥